Monday, October 4, 2010

waja lancer in the making~




Ini info & gambar tekini yang saya jumpa di Lowyat.net tadi. Menurut dadurtyz yang mengambil gambar ini di Genting Hihglands, kereta ini sedang dalam fasa ujian terakhir sebelum dilancarkan. Info yang dia dapat kereta ini akan ada 2 versi, 1.8 (merah) & 2.0 (putih) seperti gambar di atas. Versi 2.0 ada paddle shifter & auto cruise, sebenarnya untuk versi ini adalah Proton ambil Lancer EX & tune semula suspension & sedikit perubahan kosmetik, enjin sama. Rim di dalam gambar ini adalah yang final, saiznya 16 inci.

Plastik interior semuanya sama dengan Lancer yang asal. Info paling adalah menarik versi R3 sedang dibangunkan. Model ini menurutnya ditangguhkan pelancarannya ke bulan Disember kerana mereka tidak mahu bakal pembeli mengalami masalah nanti. Harga dikhabarkan sekitar RM60-70k untuk versi 1.8 dan RM80-90k untuk versi 2.0..
harap safety diutamakan berbanding dengan lain2 hal...kat mesia orang suka pandu laju selain daripada masalah jalanraya yanng tiada penghujung penyelesaiannya...

keselamatan: pegun: kekuatan badan untuk menyerap tenaga hentakan, kekuatan kerangka dalam..

ABS, EBD, BA, air bag: harap aksesori wajib ..walaupun spec terendah....
harap2 begitu la.. so far model terendah exora (model baru proton) tetap mengekalkan single airbag walau pon tiada ABS,EBD sebagainya... sekurang2nya masih ada airbag berbanding keta model terendah UMW dan perodua cam VIOS dan ALza.. masing2 takde airbag pada model terendah mereka.60k tu mmg good bargain.. sebab dulu keta putra/wira 1,8 pon harga RM73k

Monday, August 30, 2010


Last aku post 2009~hari ni utk tahun 2010 ak menjengah kembali blog aku ni~pejam celik,pejam celik hari ni dah hari ke-21 kita berpuasa di bulan ramadan~lagi 9 hari kita dah nak raya~sedih ramadan kali ni hendak berlalu~aku berharap agar aku dapat bertemu kembali ramadan yang akan datang~

Tuesday, April 7, 2009

Pakatan Rakyat anggap kemenangan di Bukit Gantang sebagai Referundum Rakyat


TAIPING:Bekas Menteri Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang hari ini dengan memperoleh sebanyak 21,860 undi.

Beliau mencatatkan majoriti 2,789 undi - berbanding 1,566 undi yang direkodkan oleh calon PAS pada Mac 2008.

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang ini menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Ismail Saffian yang mendapat 19,071 undi manakala calon Bebas, Kamarul Ramizu mendapat 62 undi.

Kamarul hilang wang deposit.

Undi rosak adalah sebanyak 456.

Nizar dalam ucapan penerimaan keputusan itu, yang diumumkan secara rasmi kira-kira pukul 9.45 malam tadi, menyifatkan ia sebagai satu petanda rakyat mahukan kerajaan demokrasi, urus tadbir baik dan adil.

Ketika ditemui pada sidang media, Nizar berkata, pihaknya akan meminta agar Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan untuk membuka laluan kepada pilihan raya baru di negeri itu.

"Kita boleh memperoleh majoriti besar," katanya.

Beliau dibenarkan menyampaikan ucapan dari pentas sebaik sahaja keputusan rasmi diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

Kerajaan negeri Perak diterajui Pakatan Rakyat tumbang awal Februari lalu selepas tiga wakilnya keluar parti masing-masing dan kini bertindak sebagai anggota Bebas.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa ketika ditemui mStar Online berkata, pihaknya telah menjangkakan kemenangan tersebut.

"Sebab itu kami meletakkan Nizar, kerana faktor boleh bawa kemenangan," katanya lagi.

Katanya, ia juga signifikan dari sudut landskap politik Perak dan nasional khususnya selepas krisis politik Perak yang bermula Februari lalu.

Selepas keputusan rasmi diumumkan kira-kira 10,000 penyokong PAS yang berhimpun di luar dewan bangunan Majlis Perbandaran Taiping meraikan kemenangan calon parti itu dengan membakar bunga api.

Pengumuman keputusan terganggu apabila ribuan penyokong menghalang ketibaan kereta pemimpin Pakatan Rakyat.

Bagi mengelakkan majlis pengumuman keputusan lewat, pegawai-pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya termasuk Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff terpaksa keluar dewan dalam keadaan hujan untuk memujuk penyokong Pakatan Rakyat memberi laluan kepada kenderaan pemimpin parti itu.

Beliau menenangkan mereka kira-kira 10 minit.Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Roslan Shahrom daripada Pas pada 9 Februari lalu.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 8 Mac 2008, calon PAS memperoleh 20,015 undi menewaskan calon Abdul Azim Mohd Zabidi (BN) 18,449 manakala M Mogan (Bebas) memperoleh 882 undi.

Calon Pas menang dengan majoriti 1,556 undi.

Kawasan Parlimen Bukit Gantang mempunyai 55,562 pemilih berdaftar dengan 55,426 daripadanya pemilih biasa dan 136 pemilih pos.

Dalam pada itu, pecahan mengikut komposisi kaum di Bukit Gantang terdiri daripada Melayu 63.5 peratus , Cina 27.1 peratus, India 9.1 dan lain-lain: 0.2 peratus.

Kempen selama sembilan hari pilihan raya kecil ini bermula 29 Mac lalu.